Yang Benar

Apa yang dipaparkan di dalam blog ini kandungannya adalah Yang Benar sahaja. Sebagai Blogger perlu ada etika yang betul.

Kisah........Renungan di Dunia.........wahai cendekiawan

Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Umar RA berkata: Pada satu hari aku datang menemui Rasulullah SAW dan ketika itu baginda berada di tengah-tengah sahabat-sahabatnya. Tiba-tiba salah seorang dari golongan Ansar bangun berdiri dan bertanya kepada Rasulullah: "Siapakah manusia yang paling pintar dan paling cerdas otaknya?"

Justeru Nabi pun menjawab: "Orang yang paling pintar dan paling cerdas otaknya ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal untuk menghadapi mati"

( Renungkanlah kita bersama maksud Hadis ini )

Sunday, July 27, 2008

Renungan.....................

"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu,adalah seperti air(hujan) yang Kami turunkan dari langit,lalu Kami tumbuhkan dengan suburnya kerana air itu tanaman-tanaman bumi,di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahawa mereka menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang,lalu Kami jadikan (tanaman-tanamannya)laksana tanaman-tanaman yang sudah disabit,seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin..."(Yunus:24)

No comments: