Yang Benar

Apa yang dipaparkan di dalam blog ini kandungannya adalah Yang Benar sahaja. Sebagai Blogger perlu ada etika yang betul.

Kisah........Renungan di Dunia.........wahai cendekiawan

Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Umar RA berkata: Pada satu hari aku datang menemui Rasulullah SAW dan ketika itu baginda berada di tengah-tengah sahabat-sahabatnya. Tiba-tiba salah seorang dari golongan Ansar bangun berdiri dan bertanya kepada Rasulullah: "Siapakah manusia yang paling pintar dan paling cerdas otaknya?"

Justeru Nabi pun menjawab: "Orang yang paling pintar dan paling cerdas otaknya ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal untuk menghadapi mati"

( Renungkanlah kita bersama maksud Hadis ini )

Friday, July 25, 2008

Terjemahan Al-Quran

"Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya bertasbih kepada Allah siapa pun yang ada di langit dan bumi, dan burung dengan mengembangkan sayapnya. Sungguh setiap sesuatu mengetahui cara solatnya dan cara tasbihnya masing-masing. Dan Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan". (QS. An Nuur:41 )

No comments: