Yang Benar

Apa yang dipaparkan di dalam blog ini kandungannya adalah Yang Benar sahaja. Sebagai Blogger perlu ada etika yang betul.

Kisah........Renungan di Dunia.........wahai cendekiawan

Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Umar RA berkata: Pada satu hari aku datang menemui Rasulullah SAW dan ketika itu baginda berada di tengah-tengah sahabat-sahabatnya. Tiba-tiba salah seorang dari golongan Ansar bangun berdiri dan bertanya kepada Rasulullah: "Siapakah manusia yang paling pintar dan paling cerdas otaknya?"

Justeru Nabi pun menjawab: "Orang yang paling pintar dan paling cerdas otaknya ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal untuk menghadapi mati"

( Renungkanlah kita bersama maksud Hadis ini )

Sunday, September 7, 2008

Al-Qadr

Terjemahan " Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam Lailatul Qadar.Tahukah kamu apa malam Lailatul Qadar itu. Malam Lailatul Qadar, jauh lebih baik dari seribu bulan.Pada malam itu malaikat-malaikat bersama Malaikat Jibrail turun atas izin Tuhannya untuk mengatur segala sesuatu.Malam itu penuh kesejahteraan sampai fajar menyingsing."

No comments: